Assalamualaikum sahabat2 sekalian ..
hari nie kita akan berbicara tentang segmen COUPLE or SINGLE ?!
hmm .. kalau diperhatikan secara meluas kebanyakan remaja zaman kini sudah mula bercintan-cintun ..
tak kira la yang masih skolah ataupun tak .. ye tak ?!
best sgt ke couple2 ne ye ??
jawapannya adalah tidak .. nak tau kenapa ?
sebab .. hubungan yg dijalin itu adalah HARAM di sisi Allah .
seharusnya seorang individu Muslim perlu mencintai Allah dan
Rasulullah terlebih dahulu sebelum mencintai manusia ..
kenapa ??
kerana Allah adalah pencipta kita dan juga org yg kita cintai itu ..
ada kata2 hikmah mengatakan :
'jika kita mencintai Allah,nescaya Allah akan menganugerahkan seorang insan yang juga mencintai-Nya"
dan sudah tentu org yg mencintai Allah itu adalah hamba Allah yang Soleh dan Solehah ..
tapi kawan2 jgn lupa tau ada dua orang insan yang perlu kita cintai selepas Allah dan Rasulullah ..
cuba teka siapa ??
sudah tentulah orang itu adalah IBU BAPA kita yang telah bnyk berjasa kepada kita .
sudah semestinya kita harus menyayangi mereka
kerana tanpa mereka tidaklah wujud diri kita di bumi yang fana ini ..
berbicara tentang CINTA ..
adakah setiap orang merasai cinta ??
sudah tentu jawapannya ya ..
hanya orang yang tidak waras yang tidak merasai cinta ..
namun , adakah kita harus melayan perasaan yang penuh dengan nafsu Syaitan semata-mata ?
adakah kita perlu melayan perasaan yang kadangkala hanya permainan hati ?
adakah kita perlu melayan perasaan yang boleh menimbulkan zina hati ?
semestinya tidak ..
selain cinta Allah , Rasulullah dan Ibu Bapa , juga wujud sebuah cinta yang HALAL bgi seorang Muslim .
cinta pda siapakah itu ?
saya rasa anda tahu jawapannya ..
Cinta pada SUAMI atau ISTERI ..
cinta ini amat digalakkan dalam perkahwinan Islam kerana ia adalah salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga ..
cuba anda fikirkan ..
siapakah yang layak menerima HATI anda selain Allah , Rasulullah dan ibu bapa anda ?
tidak lain tidak bukan , orang itu hanyalah SUAMI atau ISTERI anda ..
haha .. seperti terlalu awal untuk sya membicarakan tentang isu ini ..
ok la .. kita kembali kepada isu COUPLE ..
hmm .. wujudkah couple cara Islam ?!
hubungan ini sebenarnya tidak wujud
tetapi sengaja diwujudkan oleh orang2 yg kurang bertamadun ..
apabila ditanya kenapa ber'couple' ..
dengan lagak yang selamba mereka menjawab ..
' Alah aku kan couple cara Islam . Bukannya aq berpegangan tangan , berpeluk-peluk macam
orang lain . setakat jumpa minum2 kopi tu biasa la .. '
itu lah alasan yg sering didengar apabila ditegur ..
tidakkah mereka tahu bahawa hubungan tersebut boleh menimbulkan pelbagai jenis zina .
antaranya adalah zina hati , zina telinga , zina mata , zina mulut dan sbgainya ..
dan dari situlah lahirnya anak LUAR NIKAH ..
sampai sini sajalah perbicaraan kita hari ni ye ..
jaga diri anda dan tak lupa , jaga IMAN anda ya ..
peringatan buat kita termasuk diri saya sendiri ..
akhir kata , assalamualaikum ..
*hasil nukilan -> Copy & Paste dripada Sahabat

No comments:
Post a Comment