Assalamualaikum sahabat!
Hari nie sya nak berkongsi sedikit ilmu yg sebetulnya disedut dari sahabat sya di facebook . Saya sebelum ini merupakan peminat fanatik K-Pop namun Alhamdulillah ianya semakin b'kurang walaupun sya masih lgi meminati arena K-Pop ni. Nak tahu napa saya m'ngurangkan minat saya terhadap K-Pop ? Alasan pertama kerana sahabat sy prnah bgitahu : "Jika kita suka org yg dilaknat Allah,tidak mustahil suatu hari nanti kita juga dilaknat seperrti orang itu. " .. dan sudah tentunya sy tidak mahu dilaknat Allah .. kerana saya mahu menjadi IKHWAN RASULULLAH .. nak tahu ape tu Ikhwan Rasulullah ?? luangkan sedikit masa untuk membaca ruangan ini ..
Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.
Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.
'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
